Kesibukan dunia yang sementara.


Pagi ini, aku bangun dengan linangan air mata..
entah kenapa.
perkataan yang seringkali berulang di dalam kotak fikiranku.

"kematian sentiasa mengintaimu dari jendela.."

aku sebak.

mungkin kerana terlalu sibuk dengan aktiviti harian.
sehinggakan lupa untuk duduk bersimpuh dihadapan Allah.
memuji kebesaranNya..
memohon keampunanNya..
mengingat kembali nikmat-nikmatNya yang sentiasa mengalir tanpa henti..

sejak kebelakangan ini,
sering juga aku bermimpi menziarahi saudara-saudaraku, guru-guruku yang
sudah tiada di alam ini.

mungkin juga Allah ingin mengingatkanku.
kematian itu akan hadir pada bila-bila masa sahaja.
adakah berbaloi kesibukan ini jika pengakhirannya hanyalah di neraka?
adakah berbaloi jika kesibukan ini tiada redha dan rahmat disisi Allah?

naudzubillahi minzalik..

terkadang, kesibukan ini membuatkan kita terlupa asas-asas kehidupan kita.
sebagai seorang anak, sahabat, juga yang paling penting sebagai seorang hamba
kepada RabbNya.
terkadang kita lupa bahawa masa ini adalah milik Allah, bukan milik kita sepenuhnya.
juga kita selalu terlupa bahawa kehidupan kita ini disusun oleh Allah.
kita tiada hak dan kuasa untuk menyusun hari-hari kita sepenuhnya.
kalau Allah hendak matikan kita, 
bila-bila masa sahaja Dia boleh ambil kembali HaqNya.

Rugilah, jika masa yang sekejap ini pengakhirannya bukan di Syurga.
kerana kemenangan yang sebenar bukanlah apabila cita-cita kita tercapai seperti mendapat kerja yang professional dan sebagainya.
Tetapi kemenangan yang sebenar adalah apabila saat kaki kita bertapak di Syurga ALLAH SWT..

Terngiang-ngiang kembali Surah Al-Imran ayat 185 :





"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang sementara."




Ya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati hamba-hambaNya..
Aku merayu padaMu Ya Allah..
janganlah engkau golongkan aku dalam golongan orang-orang yang rugi...

Cukupkah sekadar syukur?






Ya, Allah.

Kuatkanlah iman hamba-Mu ini.
Sedikit sekali ujian yang hambaMu bawa untuk membuat hambaMu ini jadi tidak pandai bersyukur kepadaMu.

Jadikan aku dalam kalangan hamba-hamba yang bersyukur dan redha atas setiap ketentuanMu.



"Yang namanya MANUSIA itu, bila ada sedikit kemahuannya yang tidak Allah penuhkan, langsung dia lupa pada segala nikmat yang Allah kurniakan. Sedangkan telah Allah tetapkan yang terbaik untuknya walaupun atas perkara buruk yang berlaku padanya."



-- Jadilah HAMBA yang pandai bersyukur atas pemberian tuannya.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan? - Ar-Rahman.



Nikmat itu bukan hanya pada perkara yang menyenangkan semata-mata.
Musibah itu nikmat yang terhijab jika kita menyingkap dengan matahati yang cerah terbuka.

Aurat.


 السلام عليكم | Salam Sejahtera


Dah lama ana tinggalkan activity berblogging ni X) kali ni ana nak sentuh tentang A U R A T ! yes , A U R A T . Ana sedih melihat muslimat pada era globalisasi yang sedang pesat membangun ini :’( Ana rasa macam kita kembali kepada zaman yang T I D A K  B E R T A M A D U N , atau secara ringkasnya zaman J A H I L I Y A H . Jikalau kita mengimbas matapelajaran Sejarah yg diajar oleh guru kita semasa di sekolah menengah atau matapelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah , orang-II zaman prasejarah memakai pakaian yg dibuat daripada sumbler flora dan fauna pada masa itu . Kerana itulah kita menggambarkan pakian mereka pada masa itu sangat ‘ sexy ‘ kerana barangkali pakaian mereka tidak cukup bahan .
Bagaimana pula dengan manusia pada zaman Millenium ? Pada pendapat ana , mereka tidak jauh bezanya dengan orang-II pada zaman P R A S E J A R A H ! Ini kerana , muslimat zaman ini memakai baju seperti tidak cukup K A I N serta B E N A N G J



Menutup aurat bukannya susah ._. Sebab itu lah ana tidak faham mengapa muslimah-II di luar sana masih tidak menutup aurat dengan S E M P U R N A J Memakai tudung tidak wajib ! Memakai tudung T I D A K  W A J I B ! Yang wajib itu M E N U T U P  A U R A T . Lagi satu masalah musimah-II sekarang ! Mereka suka M E M B A L U T  A U R A T >.< Ini lah yg dikatakan “ Bertudung , tapi B E R T E L A N J A N G “
Tak kisah la anda nak pakai fesyen macam mana sekalipun , yg penting aurat telah ditutup dengan sempurna dah tudung / shawl / pashmina hendaklah dilabuhkan melebihi dada dan menutup bahu ^_^ Baru la  C O M E L :3


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Siapa kata tutup aurat sesuah nak buat activity ? D I N G D O N G ! Anda dah silap J menutup aurat dengan sempurna tidaklah menyusahkan ~ Cakap je nak buat ape ! Boleh ! Asalkan menutup aurat ;) Main bola sepak pon boleh tau !



Kaki juga adalah aurat ye ! Jangan lupa ^_^

 "Aurat perempuan ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan." - Hadis

Bagi yang telah menutup aurat dengan sempurna tu , ALHAMDULILLAH J
Bagi yang baru nak berjinak-II untuk menutup aurat dengan sempurna tu , teruskan usaha & istiqamah ye J Marilah kita berdo’a bersama-sama supaya Allah memberi hidayah kepada kita semua ~



Kalau yg dah menutup aurat dengan sempurna tu , cuba pakai Niqab atau Purdah ;) Mesti lagi indah !


Sebelum akhir kata , hayati maksud yg tersirat dan tersurat dalam comic strip ni J



Untukmu insan yang bergelar M U S L I M A H J




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Malu la kalau kita yang dah besar ni tak reti nak tutup aurat L Tengok adik-II solehah kita ni ! Kan comel :3

Rasanya , sampai disini saja entry ana pada kali ini ~ Insya-Allah , sekiranya umur ana masih panjang , ana akan update lagi blog kami ini :) yang baik itu datang daripada Allah dan yang silap datang daripada ana , hamba Allah yang lemah lagi hina :’) Allahuakbar !

Jalan-Nya.

  السلام عليكم | Salam Sejahtera.


Jalan Allah ada di mana-mana. Mujahadah milik kita. Perubahan yang bermakna terletak pada sejauh mana keikhlasan kita untuk mendekati Pencipta.

Bila kita kata kita mahu dekat pada Dia, jauhi segala-gala yang membawa kita jauh dari-Nya.

Bila kita kata kita mahu cinta pada Dia, jauhi segala-gala yang membuat-Nya hilang dari jiwa.

Allah yang gerakkan rasa, kita yang mulakan langkah pertama..-





Jangan pernah sia-siakan rahmat dan hidayah yang Allah titipkan dalam hati kita..
Mujahadah jom ! :)